30 August 2011

MyDietary: Khasiat Kacang Soya


Kita sudah tahu yang soya adalah minuman terbaik yang boleh kita ambil. Tetapi selain dijadikan minuman, ada banyak lagi sumber soya yang boleh anda dapati. Jika anda tidak berjumpa dengan soya yang belum diproses,anda boleh menambah miso, yogurt soya, dan tempe kedalam diet anda. Walaupun sudah diubah ke jenis makanan yang lain khasiatnya masih boleh anda perolehi.

Susu soya pula bukanlah susu yang bebas lemak. Hairannya, ramai orang yang memikirkan sebaliknya. Susu soya tetap mengandungi 2 peratus lemak berbanding susu lembu yang tidak mengandungi kolesterol tidak baik. Satu kekurangan susu soya berbanding susu lembu hanyalah susu soya tidak mengandungi nilai kalsium yang tinggi. Justeru itu, kebanyakan pengeluar produk susu soya akan memasukkan kalsium dari luar dan kualiti ini tidak sehebat kalsium semulajadi. Kalsium sebenarnya boleh diperolehi dari sumber yang lain seperti sardin, badam, kekacang dan sesetengah jenis sayur hijau.

Protein soya pula mengandungi semua khasiat yang diperlukan untuk kesihatan jantung misalnya serat, vitamin dan mineral. Tetapi tahukah anda, diet yang tinggi dengan protein soya ini boleh merendahkan "triglycerides" yang bertindak menghalang penyakit kardiovaskular dan menjadikan jantung anda lebih sihat dan kuat. Bagi mereka yang menderitai masalah kolesterol tinggi akan mendapat khasiat daripada protein soya berikutan tahap lemak poli tak tepu, serat, vitamin, dan mineral yang ada padanya.

29 August 2011

MyFitness: Cara Untuk Tambahkan Berat badan Bg Si Kurus



Cara memambah berat badan bukan perkara yg susah as long as you have the keinginan, discipline dan caranya. Walaupun anda bole cuba menggunakan supplement weight gainer semata-mata, tapi cara yg lebih berkesan bergantung kepada 3 perkara:
  • Nutrition
  • Training
  • Supplements (Makanan Tambahan)

Nutrition

Samada seseorang itu ingin tambah atau kurangkan berat badan, kita perlu makan 5-6 hidangan sehari. Makanan seimbang mengandungi carbs, protein and fat dalam ratio calorie 50:35:15. Lebih kurang lah. But you have to eat and basically more than you would like to.

Weight Training

Weight training di gym memang sesuai untuk membantu korang bukan saja untuk tambah berat badan tetapi extra berat badan itu adalah otot yg akan menjadikan tubuh lebih sasa. End of the day you want to gain “good” lean weight and not just fat. Nasihat aku itu untuk yang berlatih untuk jangka masa panjang dan bukanlah untuk 3-6 bulan sahaja. Kalau anda kurang berpengalaman untuk cara weight training di gym, dapatkan panduan orang yg berpengalaman or brader2 yang tough kat situ haha

Supplements (Makanan Tambahan)

Untuk tambah berat badan, weight supplements seperti di bawah are actually very helpful and mainly just foods and occur naturally in our diet. Perbezaanya? Supplements ni mengandungi semua yang korang perlukan tanpa nak fikir itu ini. Basically what you’ll need is:
  • Protein: This can be either from whey protein or weight gainers or other forms of protein supplements.
  • Creatine: for muscle/strength gain
  • Others: Glutamine, NOX etc

                                                                                                                                                     By Kevin Zahri


    26 August 2011

    MyLifeStory: Versailles "Holy Grail" Limited Edition is now mine


    Semalam adalah hari yang paling bahagia sekali haha dapat keluar dengan kak yana, pastu kitaorang tgk Final Destination 5 3D, dapat la jugak tgk tangan putus melayang depan muka and biji mata golek2 ! geli and ngeri.Then shopping pulak pastu pergi ke GNC beli supplement pastu amik CD Versailles pujaan hatiku ni.
    haha finally~ setelah sekian lama menanti akhirnya semalam dapat juga aku pergi ambil CD yang dah dekat 3bulan menanti aku di kedai tu coz tak ada masa nk pergi ambil. Bertapa excitednya aku semalam. Apa2 pun album Holy Grail kali ni best juga coz ada lebih kurang 9 lagu yang aku belum pernah dengar lagi. Paling gempak lagu MASQUERADE! Then dapat DVD PV MASQUERADE yang mempunyai 5 version yang di-edit oleh Yuki,Kamijo,Hizaki,Teru and Masashi. Poster and album gambar Versailles pun ada~~ haha
    Always Versailles Philharmonic Quintet! gambatte~    
    Versailles Philharmonic Quintet "Holy Grail"
    Price: RM 260.00
    CD+DVD+Poster+100 Picture Album





    24 August 2011

    MyInfo : MusicJAPANplus GIG Vol.1 !




          yeah~ a good news to all Visual Kei fans ! haha. Sabtu ini(27 August 2011), MusicJAPANplus akan mengadakan satu persembahan yang bertempat di Ebisu LIQUIDROOM(Japan), dan bermula pada pukul 18:00pm waktu Japan. Antara kumpulan yang akan membuat persembahan adalah Golden Bomber, Mix Speaker's Inc, D, dan group terbaru Visual Kei, LOST ASH. Bagi sesiapa yang berminat untuk menonton tetapi tidak kesampaian dan sebagai tanda penghargaan dari MusicJAPANplus kepada pembaca, event ini boleh ditonton secara langsung di website MusicJAPANplus atau di NicoNicoDouga.


    23 August 2011

    MyFitness: Kurus? Inginkan Tubuh Muscular ?










    ok first post aku yang kearah kesihatan. Ramai kawan2 aku yang ada masalah badan yang kurus tapi inginkan badan yg muscular gitu haha so aku pernah juga jumpa dengan orang yang nak badan yang besar tapi dia terus workout di gym dengan angkat bebanan yang agak berat untuk mendapatkan badan yang besar. Bagi aku cara ni tak sesuai sebenarnya kerana mengangkat bebanan yang berat hanyalah untuk melatih otot dan bukan untuk membesarkan tubuh badan. Aku ada juga terbaca bahwa ada kajian yang mengatakan untuk mendapatkan badan yang sihat,berotot dan tegap bukanlah semata-mata dengan hanya excercise or workout tetapi ia boleh mendatangkan hasil daripada pemakanan kita sendiri, 80percents adalah sebenarnya dari pemakanan dan 20percents dari senaman.

    So apa yang korang perlukan untuk mendapatkan bentuk badan yang normal? bagi korang yang jenis aktif dalam sukan or yang rajin pergi ke gym aku suggest korang guna product GNC Pro Perfomance Weight Gainer 2200 Gold atau korang nak kesan yang lagi cepat boleh ambil Optimum Nutrition Pro Complex Gainer dan supplement ni untuk orang yang aktif aja ok? untuk korang yang jenis memang nak focus pada pembesaran badan dulu and jenis tak rajin or tak ada masa untuk bersenam korang boleh ambil GNC Pro Perfomance Weight Gainer 1850 .Apa yang aku suggest tadi bukanlah aku main hentam aja,ni berdasarkan pengalaman aku sendiri, dan product yang itu tadi adalah product yang senang didapati didalam Malaysia. Untuk mendapatkan kesan yang ideal korang kena maintain ambil supplement tadi selama lebih kurang 6 bulan dan berapa lama masa yang korang perlukan ia bergantung juga kepada bentuk tubuh badan korang yang sekarang. Setelah bentuk badan korang berisi sedikit baru la sesuai untuk workout di gym dan untuk pembesaran otot pula korang kene ambil product yang lain kerana kandungan protein didalam susu weight gainer tidaklah setinggi mana dan ia kurang sesuai untuk recovery tisu2 muscle korang, dan product2 untuk muscle akan aku updatekan lain kali hehe.

    Apa yang aku tulis tadi bukanlah dari diri aku sendiri tapi ia berdasarkan apa yang aku belajar,dengar,baca dan dari pengalaman aku menggunakanya.

      There's No Gain Without Pain !! Good Luck Guys !
    GNC Pro Perfomance Weight Gainer 2200 Gold - RM 222.90 (3kg)   (available in Chocolate,Vanilla etc)
    GNC Pro Perfomance Weight Gainer 1850          - RM 128.90 (2kg)    (available in Dutch Chocolate etc)
    Optimum Nutrition Pro Complex Gainer             - RM 262.90 (2.3kg) (available in Chocolate etc)






    22 August 2011

    MyInfo: Starting MyFitness And MyDietary





    Sejak aku masuk kem PLKN selama lebih kurang 3 bulan, aku dah jarang update blog aku ni, and macam2 yang aku ketinggalan maklumlah duduk dalam "lokap" tu memang aku tak ada masa untuk benda ni semua. Mulanya aku buat blog ni saja2 sebab aku seorang yang sangat obses or fanatik dengan muzik, tak kiralah bahasa and genre apa sekali pun tapi more to Jrock/VK. Starting today aku dah tak nak cerita pasal muzik sangat aku nak satu tema yang "free" that mean's aku nak update pasal semua benda yang aku rasa macam nak updatekanya haha sebenarnya sejak akhir2 ni aku dah mula serius ke bidang sport iaitu bodybuilder tapi aku tak nak jadi seorang body builder cuma aku nak kongsi apa yang aku tahu pasal pemakanan,cara workout yang aku akan ambil dari sumber2 tertentu, selain supplements2 tertentu yang aku sendiri ambil/gunakan.





    So let's get started !



    11 August 2011

    MyInfo: In Memory . . . Isshi (Kagrra)




    Pada 25 July lalu, dunia hiburan muzik jepun dikejutkan dengan kematian mengejut vokalis Kagrra iaitu Isshi yang tidak dapat dipastikan punca kematianya. Berita kematian Isshi dikeluarkan di laman rasmi solo projek Isshi , "Shiki Project". Dia ditemui mati dirumahnya pada 18 july dan pengebumianya dilakukan secara tertutup bagi menghormati permintaan ahli keluarganya. Dia yang telah melakukan persembahan terakhir Kagrra pada 3 mac lalu dijangkakan akan melakukan persembahan secara solo pada akhir bulan july ini dan hari tersebut telah ditukarkan kepada hari peringatan untuk Isshi. Kagrra adalah sebuah band Visual Kei yang membawa genre rock traditional japanese yang ditubuhkan pada tahun 1998. REST IN PEACE! Shirakuen just for you . . .

    29 April 2011

    MyMusic: Alice Nine New PV! Blue Flame.







    The new single Blue Flame by Alice Nine.
    Blue Flame will be released on 8th June.
    The single will be published with 3 type of album, Limited Edition A, Limited Edition B and Regular Edition..

    to check out this album,just click ---->










    28 April 2011

    MyMusic: Nightmare Release New Full PV "Vermillion".


    MyInfo: YOSHIKI’s crystal piano auctioned off for 11 million yen!




    Pada 28 April, lelongan piano kristal Yoshiki (X Japan) telah dibida dan berakhir dengan harga 11 juta dan 1000 yen iaitu bersamaan dengan 135,000 USD. Lelongan yang bermula di Yahoo! Japan pada 17 mei pada mulanya dibida dengan harga 6 billion Yen tetapi pembida tidak menunjukan apa2 respon untuk membuat pembayaran, oleh itu, secara automatic telah jatuh kepada harga tertinggi kedua. Wang itu akan disumbangkan untuk bantuan2 kemanusiaan untuk mangsa2 gempa bumi baru2 ini.