30 August 2011

MyDietary: Khasiat Kacang Soya


Kita sudah tahu yang soya adalah minuman terbaik yang boleh kita ambil. Tetapi selain dijadikan minuman, ada banyak lagi sumber soya yang boleh anda dapati. Jika anda tidak berjumpa dengan soya yang belum diproses,anda boleh menambah miso, yogurt soya, dan tempe kedalam diet anda. Walaupun sudah diubah ke jenis makanan yang lain khasiatnya masih boleh anda perolehi.

Susu soya pula bukanlah susu yang bebas lemak. Hairannya, ramai orang yang memikirkan sebaliknya. Susu soya tetap mengandungi 2 peratus lemak berbanding susu lembu yang tidak mengandungi kolesterol tidak baik. Satu kekurangan susu soya berbanding susu lembu hanyalah susu soya tidak mengandungi nilai kalsium yang tinggi. Justeru itu, kebanyakan pengeluar produk susu soya akan memasukkan kalsium dari luar dan kualiti ini tidak sehebat kalsium semulajadi. Kalsium sebenarnya boleh diperolehi dari sumber yang lain seperti sardin, badam, kekacang dan sesetengah jenis sayur hijau.

Protein soya pula mengandungi semua khasiat yang diperlukan untuk kesihatan jantung misalnya serat, vitamin dan mineral. Tetapi tahukah anda, diet yang tinggi dengan protein soya ini boleh merendahkan "triglycerides" yang bertindak menghalang penyakit kardiovaskular dan menjadikan jantung anda lebih sihat dan kuat. Bagi mereka yang menderitai masalah kolesterol tinggi akan mendapat khasiat daripada protein soya berikutan tahap lemak poli tak tepu, serat, vitamin, dan mineral yang ada padanya.