27 March 2011

MyDiscography: suG Special Discography


                                                                  
suG Official Site
suG Tour 2011suG Million $ OrchestrasuG Thrill Ride Pirates
Photobucket

26 March 2011

MyBio: The Bittersweet of L'Arc~en~Ciel


 


L’Arc~en~Ciel bermaksud “pelangi” didalam bahasa perancis. Tetsu mengambil nama ini daripada sebuah filem perancis yang pernah ditontonya dan menubuhkan sebuah band di bawah nama L’Arc~en~Ciel di Osaka pada februari 1991. Beliau juga merupakan pemain bass untuk kumpulan ini dan bersama tiga yang lain Hyde (Vocalist), Pero (Drummer) dan Hiro (Guitarist). Pada asalnya Hyde adalah pemain guitar dan Pero adalah pemain drum untuk Jerusalem’s Rod,dan Tetsu sudah lama memerhatikan kebolehan Hyde. Setelah berkali-kali memujuk Hyde akhirnya Hyde dan Pero bersetuju untuk bergabung bersama Tetsu walaupun Hyde tidak yakin untuk menjadi Vocalist dan wujudlah formasi terawal L’Arc~en~Ciel dimana Hyde sebagai Vocalist,Tetsu-Bassist,Hiro-Guitarist dan Pero-Drummer.


Pada Jun 1992, Hiro membuat kejutan untuk mengundurkan diri dari “laruku” (selain L’Arc~en~Ciel dan raraku) disaat dia diperlukan kerana rakaman demo akan bermula. Akhirnya Tetsu memujuk Ken iaitu teman rapatnya untuk menjadi penganti bagi menyiapkan rakaman demo yang akan bermula. Ken terpaksa menerima risiko kerana perlu menghafal semua lagu dalam masa yang singkat iaitu hanya 5 hari sahaja dan akhirnya rakaman demo berjalan dengan lancar dan selesai dalam masa 3 hari.
Masalah baru menimpa L’Arc~en~Ciel apabila Ken yang merupakan mahasiswa perguruan tinggi di Nagoya tidak dapat memberi komited yang sepatutnya kepada kumpulanya kerana perlu menumpukan kepada pengajianya tetapi selepas 3 hari, Ken membuat tindakan berani apabila menamatkan pengajianya kerana terlalu mencintai muzik dan bergabung semula bersama L’Arc~en~Ciel walaupun pengajianya hanya tinggal 6 bulan saja lagi. Tindakan ini ditentang hebat oleh orang tuanya dan Ken dihalau dari rumah. Tidak lama selepas itu, single pertama mereka “Flood Of Tears” dikeluarkan.


Pada Disember 1992,Pero pula mengundurkan diri selepas membuat concert live mereka di Osaka Music Hall. Tetsu kemudianya mencari penganti baru untuk mengisi kekosongan position drum, dan akhirnya bertemu dengan pemain drum bebas, Sakura. Setelah mengadakan sesi jamming bersama laraku,akhirnya Sakura bersetuju untuk menyertai L’Arc~en~Ciel.
Pada April 1993,band yang bergerak secara independent ini mengeluarkan album pertama mereka iaitu “DUNE” dan berjaya menduduki carta teratas Oricon Indies Chart dan terjual sebanyak 20,000 dalam masa 3bulan. Laruku semakin dikenali dan album ke-2 mereka, "Tierra" dilancarkan pada 14 Julai 1994 di bawah label Ki/oon Sony, dan seterusnya album ke-3 "heavenly' pada 1 September 1995. Populariti laruku semakin meningkat dari masa ke semasa. Album ke-4 laruku, "True" (24 Disember 1996) berjaya mencecah jualan melebihi sejuta unit dan mencapai tangga teratas carta Oricon selepas 6 minggu di pasaran. Pencapaian ini telah membuktikan kejayaan laruku.


Namun pada awal tahun 1997,disaat kejayaan Laruku memuncak,suatu titik hitam berlaku di mana Sakura telah ditangkap pihak berkuasa diatas kesalahan memiliki dadah. Populariti Laruku jatuh mendadak.Semua album2 CD mereka ditarik balik dipasaran. “The Fourth Avenue Cafe” yang menjadi lagu tema penutup siri anime “Rurouni Keshin (Samurai X)” dihentikan serta-merta setelah sampai ke episode yang ke-6.Semua kegiatan Laruku terhenti serta-merta. Ramai peminat mengatakan masa depan L’Arc~en~Ciel akan musnah dan populariti Laraku akan tenggelam. Hyde adalah orang yang paling kecewa dan berasa sedih kerana hanya Sakura yang paling rapat denganya sewaktu masih bersama Laraku.


Setelah sekian lama Laruku menghilangkan diri,akhirnya pada hujung tahun 1997,Laruku muncul secara rasmi dan pergi ke London bersama drummer sementara Yukihiro (ex Die In Cries) untuk memulakan rakaman album terbaru. Tiket konsert “Reincarnation” yang diadakan pada 23 Disember di Tokyo Dome telah terjual sebanyak 56,000 dalam masa hanya 4minit. Laruku akhirnya mencapai zaman kegemilanganya setelah Yukihiro menjadi ahli rasmi pada tahun 1998. Album ke-5 “Heart” berjaya menduduki carta teratas Orican Chart. Pada tahun itu juga Laraku membuat konsert ke 47 tempat serata Jepun dan semua tiket habis dijual dalam beberapa minit. Pada Julai 1999,Laraku meriliskan 2 album serentak “Ark” dan “Ray” dan masing2 terjual sebanyak 1 juta unit.Pada 2 tahun antara 1998 – 2000,mereka telah menerima pelbagai anugerah penghargaan yang berprestij di atas kecemerlangan mereka dan menempa nama sebagai salah satu band terunggul di Jepun.
Selepas tahun 2000, anggota laruku masing-masing memulakan kerjaya solo mereka. hyde bergerak di bawah nama HYDE dan tetsu sebagai TETSU69. Yukihiro pula menubuhkan kumpulan ACID ANDROID dan Ken bergabung kembali dengan Sakura sebagai S.O.A.P. Setelah aktiviti solo mereka berlanjutan selama beberapa tahun, peminat mula tertanya-tanya akan masa depan L'Arc~en~Ciel.
Pada tahun 2003, mereka membuat kejutan dengan membuat konsert 'reunion', Shibuya 7 Days. Lebih 80,000 tiket habis terjual dalam masa beberapa minit. Konset ini juga membuktikan bahawa L'Arc~en~Ciel masih wujud. Album ke-9, "SMILE" dilancarkan pada 31 Mac 2004. Kerjaya mereka juga semakin berkembang di luar Jepun apabila album ini dilancarkan di pasaran antarabangsa. Mereka telah diundang untuk megadakan konsert di Baltimore, Amerika bersempena dengan sidang OTAKON 2004 (tiket terhad yang berjumlah 12,000 telah diedarkan secara percuma kepada pengunjung). Album ke-10, "AWAKE" diterbitkan pada bulan Jun 2005. Mereka juga mengadakan konsert di China dan Korea pada tahun itu (kelab peminat rasmi laruku, Le-Ciel juga telah dibuka kepada peminat laruku di kedua negara ini). Aktiviti solo mereka kembali aktif selepas konsert ini.
Pada tahun 2006, laruku telah mengadakan konsert istimewa 15th L'Anniversary sempena menyambut ulangtahun ke-15 penubuhan mereka. Konsert itu dilangsungkan selama dua hari berturut-turut di Tokyo Dome (25&26 Disember). Pada tahun berikutnya (2007) mereka mula melancarkan beberapa buah lagu terbaru dan seterusnya album ke-11, "KISS" pada bulan November.



MyMusic

               

__________________________________________________________________________


       Discography                                                                                         Singles

 ____________________________________________

 
Get Flash now!

In order to listen or view this content you will have to upgrade your version of Flash.


__________________________________________________________________________

24 March 2011

MyBio: Galneryus


Photobucket
Band Neoclassical Power Metal dari Osaka ini ditubuhkan pada 2001 ini ditunjangi oleh Hero Guitar hebat iaitu Syu (ex Valkyr,Animetal,Aushvitz & Masaki Project) bersama Yama B,seorang vokalis dari AxBites,Rekion dan River End. Kedua-dua mereka boleh dianggap sebagai orang lama dalam scene metal jepun terutama scene power metal dan speed metal.
Galneryus juga dibarisi oleh