Showing posts with label MyInfo. Show all posts
Showing posts with label MyInfo. Show all posts

24 August 2011

MyInfo : MusicJAPANplus GIG Vol.1 !




      yeah~ a good news to all Visual Kei fans ! haha. Sabtu ini(27 August 2011), MusicJAPANplus akan mengadakan satu persembahan yang bertempat di Ebisu LIQUIDROOM(Japan), dan bermula pada pukul 18:00pm waktu Japan. Antara kumpulan yang akan membuat persembahan adalah Golden Bomber, Mix Speaker's Inc, D, dan group terbaru Visual Kei, LOST ASH. Bagi sesiapa yang berminat untuk menonton tetapi tidak kesampaian dan sebagai tanda penghargaan dari MusicJAPANplus kepada pembaca, event ini boleh ditonton secara langsung di website MusicJAPANplus atau di NicoNicoDouga.


11 August 2011

MyInfo: In Memory . . . Isshi (Kagrra)




Pada 25 July lalu, dunia hiburan muzik jepun dikejutkan dengan kematian mengejut vokalis Kagrra iaitu Isshi yang tidak dapat dipastikan punca kematianya. Berita kematian Isshi dikeluarkan di laman rasmi solo projek Isshi , "Shiki Project". Dia ditemui mati dirumahnya pada 18 july dan pengebumianya dilakukan secara tertutup bagi menghormati permintaan ahli keluarganya. Dia yang telah melakukan persembahan terakhir Kagrra pada 3 mac lalu dijangkakan akan melakukan persembahan secara solo pada akhir bulan july ini dan hari tersebut telah ditukarkan kepada hari peringatan untuk Isshi. Kagrra adalah sebuah band Visual Kei yang membawa genre rock traditional japanese yang ditubuhkan pada tahun 1998. REST IN PEACE! Shirakuen just for you . . .

28 April 2011

MyInfo: YOSHIKI’s crystal piano auctioned off for 11 million yen!




Pada 28 April, lelongan piano kristal Yoshiki (X Japan) telah dibida dan berakhir dengan harga 11 juta dan 1000 yen iaitu bersamaan dengan 135,000 USD. Lelongan yang bermula di Yahoo! Japan pada 17 mei pada mulanya dibida dengan harga 6 billion Yen tetapi pembida tidak menunjukan apa2 respon untuk membuat pembayaran, oleh itu, secara automatic telah jatuh kepada harga tertinggi kedua. Wang itu akan disumbangkan untuk bantuan2 kemanusiaan untuk mangsa2 gempa bumi baru2 ini.


08 April 2011

MyInfo: Bring X JAPAN To Indonesia!


X JAPAN-ID


                           Facebook BXTI Myspace BXTI Twitter X JAPAN-ID and BXTI Youtube X JAPAN-ID and BXTI


Bring X JAPAN to Indonesia~ yeah! BXTI ni adalah satu "community" yang ditubuhkan oleh peminat-peminat tegar X JAPAN di Indonesia.Tujuan mereka adalah untuk mengumpulkan seberapa banyak peminat2 X JAPAN di Indonesia dan ingin membuktikan bahwa X JAPAN masih mempunyai ramai peminat di Indonesia sekali gus berharap X JAPAN mengadakan concert di sana. BXTI bermula ketika X JAPAN kembali di persada seni selepas Yoshiki "hilang" dari dunia hiburan setelah kematian HIDE dan membuat penggumuman untuk kembali bergabung semula dalam concert "Resume Attack 2008 IV-Toward to Destruction" yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut pada 28,29 dan 30 March 2008.


Selain itu, BXTI juga sangat berharap supaya pihak pengurusan X JAPAN untuk meriliskan juga album2 mereka di Indonesia dan sebagai tanda bersungguh-sungguh terhadap permintaan mereka, BXTI telah menubuhkan satu forum khas mereka untuk X JAPAN iaitu "XJAPAN-ID" dan apa yang membuat aku tertarik untuk menulis tentang mereka adalah kerana mereka juga telah mengadakan satu mini project iaitu menandatangani petisyen yang diadakan di University of Indonesia, Atmajaya University, SMA 4 Jakarta, STBA-LIA, Mangga 2 Plaza, Darma Persada University, D.I Yogyakarta, SMA 31 Jakarta,
dan masing2 terletak di sekitar Jakarta dan Yogyakarta.


Petisyen mereka kemudianya telah dihantar kepada pihak pengurusan X JAPAN. Selain menandatangani petisyen, BXTI juga menganjurkan FanArt Drawing Competition dan Cover Band Competition.

apa2 pun aku salute INDONESIA! Music will combine us :)

_____________________________________________________________________________________________________________________________________

click link dibawah untuk "melayan" video event sign petition mereka :) WE ARE X!!

MyInfo: Luna Sea Released PROMISE (9th April)

Luna Sea Official

Luna Sea Official Website

Setelah 10tahun Luna Sea tidak mengeluarkan sebarang material atau single akhirnya band rock dari Japan ini yang yang ditubuhkan pada 1989 telah meriliskan single terbaru mereka"PROMISE" pada 9 April (hari ini). 

"PROMISE" juga telah diterbitkan secara serentak di 7 negara  U.S., Great Britain, Germany, Austria, Switzerland dan France. 

Lagu yang pada mulanya berjudul "PROMISED NIGHT" ini telah ditukarkan kepada "PROMISE" selain didedikasikan khas buat mangsa2 korban berncana Tsunami dan gempa baru2 ini.

Keuntungan yang akan diperolehi dari single ini akan disumbangkan kepada American dan Japanese Red Cross Association atas tujuan membantu pembiayaian kos2 bantuan kepada mangsa2 bencana ini.

                                                                                       cheers~ LUNA SEA!










07 April 2011

MyInfo: The Gazette Will Released New Single in May

The Gazette Official Website











To celebrate their 9th anniversary of the band formation, The Gazette, who just released their best-of album "TRACES BEST OF 2005-2009" and live DVD "THE NAMELESS LIBERTY AT 10.12.26 TOKYO DOME" with their first ever Tokyo Dome live performance, has just announced the release of a new single called "VORTEX" for May 25th, 2011.

"VORTEX" will come in two versions: Optical Impression (Limited Edition) and Auditory Impression (Standard Edition)

*LIMITED EDITION
Optical Impression Track list:
1.VORTEX
2.UNCERTAIN SENSE

DVD:
1.VORTEX PV (Music Video & Making Of)

*STANDARD EDITION
Auditory Impression Track List:
1.VORTEX
2.UNCERTAIN SENSE
3.BREAK ME

*click The Gazette logo on top of post to access The Gazette Official website

























02 April 2011

MyInfo: DELUHI will be disbanded ?!




DELUHI Official





DELUHI will be disbanded? yeah~ Itulah yang aku dengar baru2 ini. Band Visual Kei yang ditubuhkan pada 2008 ini akan dibubarkan atas sebab yang aku sendiri pun tak berapa pasti. Mulanya ramai yang menyangka ini hanyalah satu april fool's joke,tapi setelah kenyataan rasmi dikeluarkan di official website mereka baru aku tahu kemungkinan besar DELUHI akan dibubarkan. Walaupun aku tak gilakan DELUHI macam aku gilakan Versailles, tapi aku still rasa sedih dan simpati. DELUHI membuat pengumuman rasmi pada 1 April 2011 bahwa mereka akan menghentikan segala kegiatan mereka selepas tour terakhir mereka "DELUHI Last Tour -Vandalism-". Tour ini akan bermula pada 1st July ini di Sapparo. Disini aku sediakan venue list tour buat peminat2 FANS-HARD-DIES DELUHI :

DELUHI LAST TOUR -VANDALISM-:










1st July (Friday) [Sapporo KRAPS HALL]
9th July (Saturday) [Niigata Live Hall GOLDEN PIGS RED STAGE]
10th July (Sunday) [Motoyawata ROUTE 14]
15th July (Friday) [SUNPHONIX HALL in YOKOHAMA ARENA]
17th July (Sunday) [Nagoya ElectricLadyLand]
18th July (Monday) [Shinsaibashi CLUB QUATTRO]
20th July (Wednesday)[Okayama LIVE HOUSE IMAGE]
21st July (Thursday) [Fukuoka DRUM SON]
24th July (Sunday) [HEAVEN'S ROCK Saitama Shintoshin VJ-3]
27th July (Wednesday)[Shibuya O-EAST]
________________________________________________________________________________________________________________________________




MyInfo: L'Arc-en-Ciel Donating Ajinomoto Stadium Live Profits to earthquake Victims in Full!






This "Best of L'Arc-en-Ciel" shows take a look back over the past 20 years!
New legend of L'Arc-en-Ciel, who is standing on top for 20 years, will start from Ajinomoto Stadium!!

Pada 28 dan 29 May ini, L'Arc~en~Ciel akan mengadakan satu concert "20th L'Anniversary Live" yang akan berlangsung di The Ajinomoto Stadium. Concert ini isn't just to
celebrate anniversary L'Arc~en~Ciel yang ke-20, tapi mereka juga telah membuat pengumuman untuk menyumbang seluruh keuntungan concert ini untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi baru2 ini.

ini adalah comment dari official mereka baru2 ini:
"We hope to become part of the strength for the people in the affected areas as well as of those supporting them. We would like to continue and think about what we can do. We hope with all my heart for recovery of the devastated areas any day as soon as possible and that this sentiment will cross all boundaries and will reach everyone."


Selain itu, pada hari pertama concert ini mereka akan membawakan lagu2 dari album "DUNE" dan "HEART" manakala pada hari kedua mereka akan mempersembahkan lagu2 dari album "Ark", "Ray" dan "KISS". Concert ini juga akan mengimbas kembali L'Arc~en~Ciel 20tahun yang lepas dimana zaman pahit manis mereka sewaktu bersama. Concert ini akan berlangsung pada pukul 5 petang (waktu Japan) dan stadium dibuka pada pukul 3 petang.                                                                                    About L'Arc~en~Ciel.


05 February 2011

MyInfo : Versailles Appears In First TV Drama !


Versailles & Rina Koike
will appears in Japan drama 

Buat pertama kalinya band Visual Kei iaitu Versailles akan muncul dalam satu drama yang akan ditayangkan di Jepun. Drama mini bertajuk "Onegai kanaete Versailles" (Asks  Grant Versailles) telah pun ditayangkan selama 5minit untuk setiap episode di saluran MBS dan TVK bermula 17 January 2011.Onegai Kanaete Versailles juga boleh didapati didalam bentuk DVD yang akan dikeluarkan pada 27 April 2011. Drama ini mengisarkan tentang Rina Fukurokoujo (Rina Koike) seorang gadis yang baik tetapi miskin. Suatu hari sekumpulan "putera" (Dilakonkan oleh Versailles) muncul dihadapan Rina dan dia diberi peluang untuk memberi sebarang permintaan walaupun permintaan tersebut tidak masuk akal. Pelbagai kejadian lucu dan aneh berlaku termasuk apabila mereka terpaksa menjadi "babysitter". Diantara ahli kumpulan Versailles,hanya Kamijo sahaja yang mempunyai pengalaman berlakon dan apa yang menariknya, single terbaru Versailles "Philia" yang sepatutnya akan diterbitkan pada 16 March 2011 telah pun ditayangkan di dalam drama ini sebagai lagu tema.


p/s : nasib ada keluar dalam DVD kalau tak..menangis aku tak dapat tengok haha Click link dibawah untuk terus membaca.