24 March 2011

MyBio: Galneryus


Photobucket
Band Neoclassical Power Metal dari Osaka ini ditubuhkan pada 2001 ini ditunjangi oleh Hero Guitar hebat iaitu Syu (ex Valkyr,Animetal,Aushvitz & Masaki Project) bersama Yama B,seorang vokalis dari AxBites,Rekion dan River End. Kedua-dua mereka boleh dianggap sebagai orang lama dalam scene metal jepun terutama scene power metal dan speed metal.
Galneryus juga dibarisi oleh

A (keybords), Shogo Himura (Bass), dan  Toshihiro Yui (drum). Galneryus juga telah merakam demo/EP menampilkan 2 track (United Flag & Beyond Of The Ground) pada 2001. Demo ini juga telah mendapat review yang baik dari peminat-peminat muzik metal di Jepun. Hasilnya mereka banyak menerima tawaran gig-gig dan beberapa kali pernah berkongsi pentas bersama band2 melodic metal seperti Fairy Mirror, Concerto Moon, Mastermind dan Galactica Phantom. 


Respon yang baik dari peminat-peminat mereka membuatkan Syu dan line up yang lain kembali ke studio untuk merakam -kan sebuah EP iaitu Rebel Flag, EP yang memuatkan 3buah track ini (Rebel Flag,Requiem, & Final Resolution) ini telah diterbitkan oleh Iron Shock Record pada ogos 2002. Pada tahun 2003.Galneryus tampil dengan album pertama mereka iaitu The Flag Of Punishment yang memuatkan 11track dengan 5track dari Demo/EP mereka yang terdahulu. Lagu-Lagu seperti Struggle For The Freedom Flag, Beyond The Ground dan United Flag sememangnya menarik dan TERBAIK dengan riffing-riffing melodic yang catchy, drumming yang pantas, solo-solo Neoclassical ala Malmsteen, part-part interlude ala bach dan ViValdi sememangnya melayankan korang. Kulit serta artwork bagi album ini telah mendapat sentuhan dari artis Final Fantasy iaitu Yoshitaka Amano. 


Galneryus juga tampil dengan album Advance To Fall pada 2005, Beyond The End of Despair pada 2006, diikuti juga dengan sebuah DVD live Rebirth, All for One-One For All pada 2007 dan Reincarnation pada 2010. Untuk pengetahuan you'll juga Galneryus memilih untuk tampil dengan lirik-lirik berkonsepkan Kehidupan, Fantasi dan Cinta. Manakala muzik mereka pula banyak dipengaruhi oleh X-Japan, Stratovarious, Loudness, dan Sonata Arica. Terkini Galneryus dibarisi oleh Syu (Guitarist), Yama B (Vocalist), Yuhki (Keybords & Piano), Yu-To (Bass), dan Junichi Sato dari Concerto Moon selaku drummer.

p/s: pada korang  yang minat genre Neoclassical Power Metal mmg rugi kalau x lyn band neyh haha <3 korang juga bole click kat banner "Galneryus" untuk ke official site mereka thanks !