22 February 2011

MyBio: The Gazette




The Gazette pada awalnya ditubuhkan oleh Ruki, Reita dan Uruha pada awal 2002. Setelah semuanya sudah lama berkecimpung didalam dunia Visual Kei, masing2 memutuskan bahawa The Gazette adalah band terakhir mereka. The gazette akhirnya menyerap masuk Aoi sebagai guitarist dan Yune sebagai drummer dari band VK Artia yang telah dibubarkan dan bersatu bersama dibawah The Gazette.
Pada June 2002, single pertama mereka "Wakaremichi" telah diterbitkan dibawah label Matina. Pada tahun 2003 pula, Yune membuat keputusan rasmi untuk keluar dari The Gazette dan telah digantikan dengan drummer baru Kai (Uke Yukata). Setelah itu TG bernaung pula dibawah syarikat rakaman PS Company pada may 2003 dan menerbitkan EP pertama mereka "Cockayne Soup" yang diterbitkan secara edisi terhad iaitu hanya 5000 salinan. Antara single TG termasuklah Wakaremichi,Kichiku Kyoushi (32sai Dokushin) no Nousatsu Kouza, Gozen 0-ji no Trauma Radio,Zakurogata no Yuuutsu,Zetsu,Miseinen,Reila,Cassis,Regret,Filth in The Beauty,Hyena (OST Apartment),Guren,Leech,Distress and Coma,Before I Decay,Shiver (OST Kuroshitsuji II),Red,Pledge. Alice Nine, Hanamuke, Vidoll, Kra, BIS, Plastic Tree, LMC, dan MUCC adalah antara band2 yang pernah bergabung dan berkongsi pentas bersama The Gazette. Selain dari Visual Kei, genre yang dibawa oleh The Gazette juga berubah ubah seperti "ogre" yang berunsurkan heavy metal dan alternative metal seperti "The Invisible Wall" dan "Taion". Mereka juga membawa genre funk rock yang menggunakan kod jazz didalam "Silly God Disco" dan "Swallowtail on The Death Valley" selain dari itu genre seperti metalcore ("Headache Man", "Discharge", "Maggots"), balada ("Cassis", "Guren", "Calm Envy", "Reila", "Pledge") dan lain lain. Pada 23 March (2011)ini The Gazette akan meriliskan album "Traces Best of 2005-2009" dan juga DVD live "The Nameless Liberty at Tokyo Dome". The Gazette juga mengumumkan akan mengeluarkan satu single pada pertengahan 2011.

________________________________________________________________________________________________________________________________________The Gazette                                                                                                                                     The Gazette