01 February 2011

MyBio : In Loving Memory Of HIDE


first post aku, aku nk bercakap tentang guitarist idol aku iaitu Hideto Matsumoto or HIDE. Dia neyh mmg idola guitar yg aku minat selain Syu (Galneryus). Aku minat dye time dye perform lagu Silent Jealousy dr band X Japan. Masa first aku dgr tuh aku trs carik sume info pasal dye coz masa part dye "goreng" guitar tuh peh! mmg cool habis ! aku x pernah dgr bunyi guitar yg rock smpi mcm tuh..tp tbe2 bile aku search name dye kat google aku terperanjat bila dpt tahu yg HIDE neyh da mati pada 2 May 1998. Dia mati dlm keadaan leher tergantung dgn towel dlm apartment dan malam sebelumnya tuh dia didapati mabuk.HIDE and Yoshiki (drummer of X Japan) mmg rapat gila mcm adik beradik and aku hampir menitikkan air mata bile tgk tangan Yoshiki menggeletar bila buat announcement tentang kematian HIDE sambil menangis-nangis depan media. :)  aku mmg jenis cepat "cenggeng". Apa2 pun HIDE's always be my second guitarist idol ! :)



HIDE grave

In Loving Memory




The Fact About HIDE Death :
HIDE dilahirkan pada 13 Disember 1964 dan mati pada 2 May 1998.Dia ditemui mati dalam keadaan leher tergantung pada tuala di dalam apartment yang didudukinya.Seminggu selepas HIDE mati, 3 peminat setia HIDE ditemui mati dalam keadaan yang sama seperti HIDE dijumpai mati tergantung. Pada upacara pengebumianya,lebih 50,000 peminat menghadiri upacara pengebumian HIDE di Tsukiji Hongan Ji,Tokyo,Japan. Single "Pink Spider" dikeluarkan sebulan selepas HIDE mati dan lagu tersebut menduduki carta paling atas di Jepun. Lyrics Pink Spider juga dikatakan mempunyai maksud yang mendalam dan ada kaitan tentang kematian beliau.HIDE ialah bekas gitaris kumpulan X JAPAN dan beberapa kumpulan lagi dan pernah bergerak secara solo (persendirian). Rest In Peace HIDE!