03 February 2011

MyBio : The Simple Biography of X Japan


X Japan Visual Kei look (80's)
                                            
                                                                                    X Japan Official.

This Is All About X Japan!  X Japan adalah salah satu dari band yang paling aku minat sejak 3 tahun lepas. Band yang dahulunya pernah dikenali sebagai Dynamite,Noise, dan X ini juga pada asalnya ditubuhkan oleh Yoshiki (Yoshiki Hayashi) dan juga Toshi (Toshimitsu Deyama) ketika mereka berkawan rapat sejak zaman persekolahan mereka. X Japan pada asalnya
adalah salah satu band yang membawa image Visual Kei dipentas dan akhirnya mereka memutuskan untuk menukar kepada gaya yang lebih santai. Band yang pada asalnya terdiri daripada Yoshiki(Drum),Toshi(Vocal),HIDE(lead guitar),Taiji(bass) dan Pata(Guitar) ini adalah salah satu band yg membawa genre power metal, "i'll kill you" dan "orgasm" adalah karya terawal mereka.Selepas kematian mengejut  HIDE dan pengunduran Taiji selaku bassist kini band ini dibarisi oleh Yoshiki (Drummer), Toshi (Vocalist), Sugizo (Lead Guitarist), Heath (bassist), dan Pata (guitarist). Sugizo adalah bekas lead guitar Luna Sea. "Art Of Life" lagu yang berdurasi selama 29minit ciptaan Yoshiki adalah lagu pertama mereka yg direkodkan dibawah label Atlantic Records. Pada tahun 1996 akhirnya album Dahlia berjaya diterbitkan dan pada sekitar tahun 1997 itu Toshi mengumumkan untuk keluar secara rasmi dari kumpulan X Japan. Pada tahun 1997, X Japan mengumumkan untuk membuat persembahan terakhir bersama Toshi di Tokyo Dome stadium pada 31 Disember 1997. Selepas kematian mengejut HIDE pada 2 may 1998,Yoshiki hilang dari dunia hiburan dan pada tahun 2000 beliau kembali dengan projek barunya yang diberi nama Violet UK. Pada March 2007 Toshi membuat pengumuman mengejut dengan mengatakan dia akan bergabung semula dengan Yoshiki dan dipersetujui oleh Pata dan Heath. Mereka pertama kali muncul di khalayak ramai pada 22 October 2007 apabila merakam video klip terbaru mereka iaitu "IV"(OST SAW IV) di atas bumbung pusat membeli belah Aqua City di Odaiba,Tokyo dengan menggunakan rakaman guitar dari HIDE yang belum pernah diterbitkan sebelumnya. Pada 20 january 2008, 2 persembahan X Japan telah diumumkan. Persembahan yang diberi nama "Resume Attack 2008 IV-Toward to Destruction" pada awalnya  berlangsung pada 28 dan 30 march tetapi atas permintaan ramai dan bagi menghargai peminat2 mereka,persembahan ini berlangsung 3hari berturut-turut iaitu pada 28,29 dan 30 march yang masing2 diberi nama Night of Destruction(28), Night of Madness(29), dan Night of Creation(30). Persembahan pada malam 28 march,syarikat penyiaran berbayar, WOWOW menyiarkan secara langsung persembahan X Japan Night of Destruction di saluran mereka.Mereka Juga menggunakan rakaman hologram HIDE pada malam persembahan yang dirakam semasa persembahan di Tokyo Dome bagi mengingati guitarist berpengaruh itu.Guitarist Wes Borland (Limp Bizkit), Richard Fortus (Guns'n'Roses), dan Sugizo (Luna Sea) turut berkongsi pentas bersama X Japan bagi memperingati HIDE. Yohiki juga membuat pengumuman pada satu sidang media yang mengatakan album terbaru X Japan akan diterbitkan pada tahun 2011,selain itu satu world tour concert juga akan berlangsung pada pertengahan tahun 2011,destinasi2 tour itu diramalkan akan berlangsung di South America terutama di Brazil dan Chile,mereka juga akan dijangka melawat Eropah terutama di France,England dan Germany.Selain itu, Yoshiki juga ada mengumumkan bahawa lagu baru mereka "Scarlet Love Song" akan digunakan sepenuhnya dalam animasi yang diadaptasi daripada magga Buddha.