04 February 2011

MyBio : The Best of Symphonic Metal : Versailles


Versailles ~Philharmonic Quintet~




okeyh! inilah band yang berada No.1 dihatiku hehe. Band ni adalah band yang boleh dikira baru bertapak dalam dunia music.Versailles mula ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2007. Band yang mulanya bertapak di Jepun ini dikenali sebagai Versailles tetapi di Amerika Syarikat pula,band ini dikenali dengan nama Versailles ~Philharmonic Quintet~.Music Versailles lebih berteraskan kepada genre symphonic metal, power metal, neo-classical metal dan progressive metal. Versailles juga adalah band yang sealiran dengan band2 seperti The Gazette, D'espairsRay, Phantasmagoria, iaitu Visual Kei.
Tetapi kelainan yang ada pada band ini sukar untuk dicari persamaanya dengan band2 Visual Kei yang lain kerana Versailles membawa image "rococo-esque" costumes iaitu gaya artis Boroque yang dibangunkan pada abad ke-16 hingga ke-18 di Eropah. Di masa penubuhan yang asal, Versailles dibarisi oleh Kamijo -Vocalist (ex Lareine,New Sodmy), Hizaki Grace- lead guitarist (ex Sulfuric Acid), Jasmine You - bassist (ex Jakura), Teru - second guitarist (ex Aikaryu), dan Yuki - drummer (ex Sugar Trip),tetapi setelah kematian Jasmine You akibat dari masalah kesihatan pada 9 august 2009, posisi bass telah diganti oleh Masashi bekas bassist kumpulan Code,kozi dan Cosmo.Boleh dikatakan hampir semua lagu2 Versailles aku minat,sebab tasted music aku memang kena dengan genre yang dibawa Versailles iaitu yang macam ala-ala "opera" (symphonic metal) antara lagu yang menjadi kegilaan aku ialah glowing butterfly, libido, destiny-the lovers-, antique in the future, aristocrats symphony, ascendead master, catharsis, episode, forbidden gate, god palace -method of inheritance-, history of the other side, prince, princess, sforzando, silent knight, suzerain, symphatia, the love from a dead orchestra, PRINCESS-revival of church- the revenant choirs, the umbrella of glass dan windress. HAHA kan aku dah kata hampir semua lagu dia aku minat.Selain itu juga Versailles sering membawa theme2 Blood, Death, Vampires, Roses dan Sadness kedalam lyrics lagu mereka yang macam ala-ala Gothic,sememangnya aku meminati trend Gothic sejak 5tahun lepas,dan yang paling menarik sekali adalah KESEMUA line-up Versailles adalah LELAKI! Hizaki Grace, Teru dan juga mendiang Jasmine You adalah lelaki! haha jangan tertipu dengan image Visual Kei! ok ?
p/s : yeah~ Aku paling setia dengan band ni! sampai mati aku akan minat! SERIOUSLY! haha